Al Azhar memohon maaf dan berlepas diri dari Muktamar Dhirar Chechnya
Al-Azhar memohon maaf kepada pimpinan Agama Arab Saudi berkaitan seminar sunnah (di Chechnya)
Syeikh syeikh Al-Azhar memohon maaf kepada pimpinan agama kerajaan Arab Saudi akibat polemik yang berlaku disebabkan oleh seminar ahlu sunnah di Chechnya.
Akhbar Mesir al-Watn memaklumkan bahawa rombongan Al-Azhar yang diketuai oleh syeikh Abbas Syuman yang merupakan wakil syeikh Al-Azhar dan Muhammad Abdul salam memohon kemaafan kepada pimpinan agama dalam lawatan ke Saudi kerana polemik yang disebabkan oleh seminar berkenaan.
Syuman menjelaskan bahawa seminar itu dimanipulasi dalam kerangka peperangan dan usaha pantas untuk menjerat ulama Al-Azhar dan ulama Saudi dan menyalakan fitnah yang dirancang. Pandangan Al-Azhar segera, jelas dan tegas setelah resolusi akhir seminar itu dikeluarkan sedangkan Al-Azhar tidak menghadiri itu dan tidak menyertainya.
Dia menambah lagi: syeikh Al-Azhar hanya menyertai majlis pembukaan sebagai menyempurnakan kerangka lawatannya ke Chechnya.
Dia tidak menghadiri seminar itu (sepenuhnya). Dan kami (Al-Azhar) tidak terlibat membina resolusi akhir. Banyak kenyataan jelas dari Al-Azhar telah keluar dan tidak mungkin diterima sebagai pemikiran Al-Azhar untuk mengatakan Arab Saudi jauh dari Ahli Sunnah.
Syuman berlepas diri dari pandangan Dr ahmad Karimah Prof Fiqh Perbandingan di universiti Al-Azhar yang menyerang kerajaan Arab SAUDI dengan katanya:
Itu pandangan beliau sendiri dan dia tidak mewakili Al-Azhar. Tidak ada satu tempat pun di bumi ini melainkan ia menunjukkan menunjukkan kewujudan Arab Saudi dan berpandangan bahawa ia berkhidmat untuk Islam dan Muslimin.
Yayasan Tabah al-Sufiah yang berpusat di Abu Dhabi dan diasaskan oleh tokoh sufi dari yaman habib Ali Al-jufri yang menyatakan bahawa ia yang menganjurkan "seminar Siapa Ahli Sunnah wal Jamaah?" Pada penghujung Ogos yang lalu yang menerima kritikan hebat dari ulama terkenal dalam dunia Islam.
Pendakwah dan ulama Arab SAUDI menghalakan serangan terhadap Seminar yang diadakan di Chechnya dengan kehadiran dari al-azhar Mesir selepas ia mengeluarkan salafi salafiah Saudi dari definisi ahlu sunnah.
Tambahan lagi, Syeikh yusuf Al-Qaradawi menyifatkan seminar Siapa Ahli Sunnah wal Jamaah yang diadakan di Chechnya ini sebagai seminar al-dhirar (perpecahan), menolak resolusinya dan beliau menyatakan kegusaran nya dari tujuan seminar ini dan tajuknya.
Link nya:
قدمت مشيخة الأزهر في مصر اعتذارا للقيادات الدينية في المملكة السعودية؛ بسبب…
ARABI21.COM|OLEH ‎ARABI21 - عربي21
Suka
Komentari